Maritim tahan tekong warga Myanmar, empat awak-awak

Iklan
Maritim Malaysia menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama tekong serta lima awak-awak. Foto ihsan Maritim Terengganu

KEMAMAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama tekong serta lima awak-awak dalam pemeriksaan di lokasi 24.0 batu nautika Timur Laut Muara Kuala Kemaman, pada Rabu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abdul Majid berkata, vesel tersebut ditahan ketika anggota melakukan rondaan rutin Op Iman di sekitar perairan Terengganu pada jam 2 petang.

Iklan
Iklan

"Setelah diperiksa, enam orang kru termasuk tekong warga asing Myanmar disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Vesel nelayan terbabit tidak mempunyai dokumen kebenaran menggunakan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan selain dua daripada kru bot itu tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Ujar Mohd Khairulanuar, pihaknya akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat.

Iklan

"Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar Undang-Undang Laut Malaysia," jelas beliau.