Amaran ribut petir di 11 negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri sehingga jam 9 malam ini.

SHAH ALAM - Sebanyak 11 negeri termasuk Sabah dan Sarawak dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam (mm/jam) atau dijangka berlaku selama satu jam.

Iklan
Iklan

Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Negeri yang terlibat membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Iklan

Selain itu, di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakal di Kelantan pula Jeli serta Gua Musang.

Di Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Bera) dan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling).

Iklan

Di Sarawak, keadaan sama diramal berlaku di Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Amaran tersebut turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod).