Juruteknik terjatuh Eagle’s Nest Skywalk Langkawi ditemukan maut

Iklan
Mayat mangsa kemudian dibawa turun menggunakan kereta kabel sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat. Foto Polis

LANGKAWI - Seorang juruteknik yang terjatuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagle’s Nest Skywalk di Matchinchang, dekat sini meninggal dunia pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Khairul Nizam Jaafar, 41, dipercayai terjatuh dari besi penahan dek kaca pada ketinggian lebih kurang 40 meter ke tebing gunung.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah telah bergegas ke lokasi bagi memulakan operasi menyelamat yang turut disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam.

"Mangsa yang baru sahaja bekerja tiga bulan di tempat tersebut berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 5.11 petang.

Iklan

"Mangsa kemudian dibawa naik ke stesen tengah oleh bomba dan pemeriksaan serta pengesahan kematian dibuat oleh pihak hospital,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelas Shariman, mayat mangsa kemudian dibawa turun menggunakan kereta kabel sebelum dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Maliha untuk proses bedah siasat.

Iklan

Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang juruteknik dikhuatiri terjatuh semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Eagle’s Nest Skywalk yang terletak di Gunung Matchinchang, Langkawi.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 petang berhubung kejadian berkenaan.