‘Israel akan mereput, terhapus’ - Penganalisis

Iklan
Mohd Nasaie semasa program Interviu bertajuk ‘Kemunculan Gaza-Gaza baru?’ pada Khamis.

SHAH ALAM - Peperangan yang berlaku antara Israel dengan Asia Barat bakal menggulingkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, malah boleh melenyapkan Israel.

Pemerhati Politik Antarabangsa, Mohd Nasaie Ismail berkata, sebelum ini hanya negara dan umat Islam yang membincang dan membahaskan isu-isu di Palestin, namun kini satu dunia terlibat secara aktif menentang tindakan ganas Israel.

Iklan
Iklan

Menurutnya, antara negara bukan Islam yang terlibat menentang keganasan Israel ialah Afrika Selatan, Brazil, Colombia, Sepanyol, Itali dan Perancis.

"Jadi, walaupun perang ini ditamatkan sama ada dalam masa satu hingga dua bulan atau setahun dua atau berlarutan dan berpanjangan, Israel tidak akan terjadi dan kembali seperti negara terdahulu.

Iklan

"Kalau pun ia (Israel) masih wujud, dia hanya wujud sebagai 'negara' yang betul-betul terpencil, yang tidak ada orang nak berkawan, tidak berpolitik, tidak berniaga dengannya.

"Lama-kelamaan, ia (Israel) akan mereput dan terhapus. Insya-ALLAH,” katanya dalam program Interviu bertajuk ‘Kemunculan Gaza-Gaza baru?’ pada Khamis.

Haizir (kiri) sebagai hos program Interviu pada Khamis.

Iklan

Program yang dihoskan Haizir Othman itu berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf dan disiarkan di semua platform Sinar Harian.

Mohd Nasaie memaklumkan tiga pertubuhan wujud sekitar tahun 1980-an yang menjadi ancaman kepada Israel selepas berlaku fasa-fasa kejatuhan Palestin disebabkan tindakan ganas rejim Zionis.

Ujarnya, fasa kesusahan daripada 1948 hingga 1973 apabila Israel terpaksa berdepan dengan tentangan daripada negara-negara jiran seperti Mesir, Syria, Jordan Arab Saudi dan sebagainya semasa perang Arab.

"Tidak ada lagi peperangan di antara mereka dengan negara-negara jiran iaitu mereka berada di fasa membunga iaitu membangun dalam keadaan tidak menerima tentangan kecuali pertubuhan yang muncul pada 1982 iaitu Hizbullah.

"Kemudian, tahun 80-an juga munculnya Jihad Islamik dan tahun 1987 munculnya Hamas,” jelasnya.