China pesaing AS, import sumber tenaga, petrol dari Asia Barat

Iklan
Mohd Nasaie semasa program Interviu bertajuk ‘Kemunculan Gaza-Gaza baru?’ pada Khamis.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] China akan bersama dengan pihak yang merugikan Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai kumpulan bersaing untuk mendapatkan manfaat daripada Asia Barat.

Pemerhati Politik Antarabangsa, Mohd Nasaie Ismail berkata, walaupun sering disebut mengenai komunisme, namun pegangan ideologi China terhadap ekonomi sentiasa diutamakan.

Iklan
Iklan

"Penduduk China ramai, 1.4 billion, maka keperluan dalaman mereka cukup besar termasuk tenaga, petrol, gas dan sebagainya.

"Mereka terpaksa terlibat secara aktif dalam perdagangan antarabangsa. Ini kerana sumber-sumber hanya cukup untuk memenuhi 25 peratus keperluan negara.

Iklan

"Manakala, lagi 75 peratus itu mereka akan import daripada Timur Tengah seperti Iran dan Qatar,” katanya dalam program Interviu bertajuk ‘Kemunculan Gaza-Gaza baru?’ pada Khamis.

Program yang dihoskan Haizir Othman itu berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf dan disiarkan di semua platform Sinar Harian.

Iklan

Mohd Nasaie berkata, pada Julai lalu, China menjadi pengantara kepada kumpulan yang bertelagah di Palestin.

Ujarnya, Deklarasi Beijing dijadikan tempat berunding dengan negara-negara yang bertelagah untuk menamatkan permusuhan antara satu sama lain.

"Hamas dibawa pergi ke Beijing untuk berunding selama tiga hingga empat kali bersama kumpulan ini untuk tamatkan permusuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nasaie memaklumkan semua pihak termasuk orang bukan Islam tidak menyukai penjajahan, maka orang ramai digesa untuk membantu membebaskan Palestin daripada jajahan Israel.

Menurutnya, sikap seluruh dunia kini memberikan pengajaran untuk umat Islam seharusnya meneruskan penentangan terhadap keganasan berkenaan.

"Kezaliman tidak akan berlaku selama-lamanya. Kita perlu ada usaha yang perlu dilakukan untuk menghentikan Israel.

"Tak perlu jadi hero, yang penting usaha kita nak bebaskan saudara agama di sana. Itulah sikap Hassan Nasrallah dan Ismail Haniyeh yang tidak sempat melihat kemenangan tetapi sumbangan yang mereka berikan,” jelasnya.