Kren terbalik hempap rumah, kereta

Iklan
Kren yang dibawa sebuah treler terbalik lalu terkena sebuah rumah dan kereta di kawasan berhampiran. Foto FB Connie

GEORGE TOWN - Sebuah kren yang dibawa oleh sebuah treler terbalik lalu terkena sebuah rumah dan kereta di Changkat Delima 1, Gelugor di sini pada petang Khamis.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kren tersebut dipercayai dalam perjalanan ke tapak pembinaan bagi projek lebuh raya di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan memaklumkan bahawa kontraktor projek tersebut, Consortium Zenith Construction (CZC) akan menutup jalan di Changkat Delima 1 daripada jam 11 malam Khamis hingga 1 pagi Jumaat bagi mengalihkan kren yang terbalik itu.

Iklan

"Kejadian ini amat dikesali. Saya telah meminta laporan terperinci berhubung kejadian ini," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun tiada kecederaan dilaporkan, insiden tersebut tidak boleh dipandang ringan.

Iklan

"Langkah-langkah keselamatan perlu diberi keutamaan. Saya menggesa kontraktor untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku pada masa hadapan,” tambahnya.

Difahamkan, ketika ini, polis berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.