PM Anwar terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah NUST

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini dalam rangka lawatan negara tiga hari ke Pakistan, hari ini menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST). Foto Bernama

ISLAMABAD - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini dalam rangka lawatan negara tiga hari ke Pakistan, hari ini menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan (NUST) di sini.

NUST adalah universiti penyelidikan awam berbilang kampus di seluruh Pakistan dengan kampus utama terletak di Islamabad dan menyediakan pendidikan tinggi kepada lebih 10,000 mahasiswa dan pelajar lepasan ijazah.

Iklan
Iklan

Tiba di Islamabad malam tadi, Anwar yang mempunyai jadual padat meluangkan masa berkunjung ke universiti itu dan menyampaikan syarahan bertajuk Echoes of Iqbal: Charting a Future of Renewal and Progress kepada pelajar dan staf akademik NUST.

Beliau turut menjawab soalan yang dilontarkan oleh pelajar universiti itu.

Iklan

Terdahulu, Anwar dan rakan sejawatnya, Shehbaz Sharif melancarkan karya terjemahan penyair terkenal Pakistan iaitu Allama Muhammad Iqbal, yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, serta buku Malaysia Madani yang diterjemah ke dalam Bahasa Urdu.

Pada sebelah pagi, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Shehbaz Sharif di kediaman rasmi Perdana Menteri Pakistan disusuli mesyuarat dua hala bersama delegasi masing-masing bagi membincangkan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara.

Iklan

Ini adalah lawatan sulung Anwar ke Pakistan selepas memegang jawatan pada November 2022. - Bernama