Sungai Buloh dilanda banjir kilat

Iklan
Beberapa rumah penduduk di Kampung Merbau Sempak dilanda banjir kilat.

SHAH ALAM - Beberapa kawasan sekitar Sungai Buloh dilaporkan dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat pada Khamis.

Antara kawasan terjejas ialah di Paya Jaras, Kampung Melayu Subang, Merbau Sempak dan beberapa kawasan rendah.

Iklan
Iklan

Beberapa gambar dan video tular di media sosial mengenai kejadian banjir kilat hingga menyebabkan beberapa laluan di Sungai Buloh sesak dan sebahagian kenderaan terperangkap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Dr Ab Halim Tamuri memaklumkan, beberapa kawasan terkesan akibat banjir.

Iklan

"Saya dan pasukan Pusat Khidmat bergerak ke Jalan Rahidin 1, Kampung Paya Jaras Dalam untuk ziarah ke kawasan terkesan banjir kilat iaitu di Lot 4 sehingga Lot 10," kata beliau.

Menurut beliau, kejadian banjir kilat kali ini lebih buruk dan merupakan kejadian kali ketiga pada tahun ini.

Sebuah rumah dinaiki air di Kampung Merbau Sempak pada Khamis.

Iklan

"Punca utama berlakunya banjir disebabkan oleh ban Sungai Buloh berdekatan kawasan tersebut telah pecah kerana arus deras," kata beliau.

Sementara itu, Exco Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Najwan Halimi berkata, sebanyak 10 kawasan banjir kilat dikesan berlaku di negeri ini bermula jam 4 petang Khamis.

Katanya, setakat jam 8 malam, dua daerah terjejas iaitu Petaling dan Gombak.

"Sebanyak dua kawasan di Petaling iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Melayu Subang dan Kampung Gajah.

"Bagi Gombak pula membabitkan kawasan Taman Tun Perak, Rawang, Jalan 23 Kampung Selayang Baru, Pangsapuri Prima Selayang, Kampung Kepong Ulu, Kampung Laksamana, Kampung Sungai Kertas, Kampung Arab dan Kampung Melayu Sri Kundang," katanya.