KDNK negara berpontensi capai lima peratus - Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul. Foto Bernama

SHAH ALAM - Malaysia berpotensi untuk mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar empat hingga lima peratus menjelang akhir ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, unjuran itu disokong oleh pelaburan beberapa syarikat antarabangsa seperti Google, Microsoft, AWS dan terbaharu, Oracle.

Iklan
Iklan

"Oracle akan melabur AS$6.5 bilion yang akan membolehkan syarikat Malaysia terutamanya PKS (perusahaan kecil dan sederhana) untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan pintar (AI) dan awan termaju dalam meningkatkaan daya saing.

"Ia juga merupakan satu arah merealisasikan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang tahun 2030," katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, Oracle merancang untuk melabur lebih AS$6.5 bilion (RM27 bilion) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia dalam memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan AI dan awan.

Dalam kenyataan pada Rabu, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur serta perkhidmatan AI dan memindahkan beban kerja yang penting kepada 'Oracle Cloud Infrastructure' (OCI).

Iklan

Dalam pada itu Tengku Zafrul menjelaskan, keputusan syarikat itu untuk menubuhkan rantau awan awam pertamanya di negara ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap potensi Malaysia sebagai hab inovasi teknologi.

Selain itu menurutnya, ia turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital terulung di Asia Tenggara.

"Pelaburan kualiti tinggi seperti Google, Microsoft, AWS dan Oracle sudah pasti akan meningkatkan pertumbuhan KDNK," ujarnya.