Belanjawan 2025: Bincang hal ehwal rakyat bukan politik

Iklan
Johari

SHAH ALAM - Ahli Dewan Rakyat disarankan untuk membincangkan hal ehwal rakyat bukan politik pada pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata, Dewan Rakyat dijadikan platform penting untuk membawa isu-isu mustahak demi kepentingan rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiap ahli Parlimen perlu meninggalkan sentimen politik di luar dewan supaya persidangan berkenaan berjalan lancar.

"Mereka patut faham anda bercakap mengenai masa depan negara, jadi apa yang bakal dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sangat penting.

Iklan

"Mereka (ahli Parlimen) patut ambil peluang, bertanya dan memberikan pandangan sebab kalau tidak mereka yang rugi kerana pegawai kerajaan sudah bekerja keras menyediakan belanjawan yang perlu diambil kesempatan sebaiknya untuk kelangsungan kita,” katanya selepas melancarkan program Majlis Peluncuran Aplikasi Siswa Madani dan Penyerahan Sumbangan Kit Madani kepada 10 pelajar asnaf.

Beliau turut terlibat dengan Program Town Hall Ikon: Yang Di-Pertua Dewan Rakyat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Shah Alam, di sini pada Khamis.

Iklan

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Prihatin, Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib.

Sebelum ini, Anwar yang juga Perdana Menteri menyatakan akan membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.