Gelap mata pulangan pelaburan jutaan ringgit, pengurus rugi RM140,000

Iklan
Seorang pengurus sebuah syarikat swasta berputih mata apabila wang pelaburannya berjumlah RM140,000 lesap selepas menyertai pelaburan tidak wujud.Gambar hiasan

KOTA TINGGI - Seorang pengurus sebuah syarikat swasta berputih mata apabila wang pelaburannya berjumlah RM140,000 lesap selepas menyertai satu pelaburan tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kes bermula Mei lalu apabila lelaki warga tempatan berusia 47 tahun itu tertarik untuk membuat pelaburan berkenaan setelah melihat satu iklan pelaburan di laman Facebook yang menawarkan keuntungan lumayan sehingga mencecah jutaan ringgit.

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa bertambah yakin dengan modus operandi sindiket berkenaan yang memberikan satu pengenalan diri bagi membolehkannya memantau sendiri status serta pulangan pelaburan.

"Mangsa melakukan 21 pemindahan wang ke tiga akaun bank berbeza.

Iklan

"Pada peringkat awal, mangsa mendapat keuntungan sebanyak RM5,000 dan diyakinkan sekali lagi untuk membuat penambahan pelaburan sehingga mencegah RM124,000.

"Bagaimanapun, pada Khamis, mangsa membuat laporan polis apabila gagal mengeluarkan hasil keuntungan berjumlah RM9 juta dalam aplikasi terbabit," katanya.

Iklan

Yusof berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pesara swasta rugi RM163,300 akibat pelaburan tidak wujud

Sementara itu di Kuantan, PAHANG seorang pesara swasta berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM163,300, lebur akibat terjerat dengan skim pelaburan tidak wujud.

Kejadian bermula apabila lelaki berusia 50 tahun itu, menerima panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai Selina Julai lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berminat untuk menyertai pelaburan ditawarkan selepas mendengar penerangan daripada Selina berkaitan keuntungan yang akan diperolehi.

Menurutnya, mangsa mengisi maklumat peribadi di dalam pautan diberikan melalui aplikasi WhatsApp bagi mendaftar dan seterusnya dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi itu.

"Setelah mendaftar di dalam aplikasi yang telah diberikan, mangsa memperolehi wang sebanyak RM 5,000 yang diberikan oleh syarikat pelaburan tersebut.

"Mangsa juga dimaklumkan telah mendapat keuntungan pelaburan sebanyak RM 213.05 dan wang keuntungan tersebut telah dipindahkan ke akaunnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Yahaya berkata, mangsa yang tertarik dengan pelaburan tersebut membuat 15 kali pindahan wang ke akaun bank diberikan.

Jelasnya, bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan yang dijanjikan dan pihak pelaburan memberi pelbagai alasan.

"Mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, selepas menyedari diri ditipu," katanya.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

"Jangan masukkan wang ke akaun bank yang tiada kaitan dengan pelaburan dibuat.

"Semak senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di Bank Negara Malaysia ataupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," ujarnya.