'Saya menilai United hujung musim'

Iklan
Ten Hag. Foto Agensi

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag sekali lagi menegaskan keperluan untuk penyokong-penyokong The Red Devils bersabar selepas gergasi England itu meraih keputusan seri 3-3 menentang Porto dalam aksi Liga Europa di Estadio do Dragao, Porto pada Jumaat.

United mendahului 2-0 dengan jaringan Marcus Rashford (m-7) dan Rasmus Hojlund (m-20), kemudian melepaskan tiga gol yang dihasilkan Pepe (m-27), Samu Omorodion (m-34, m-50) sebelum Harry Maguire memastikan satu mata dengan gol penyamaan minit ke-91 pada masa kecederaan.

Iklan
Iklan

Keputusan itu, menyaksikan Red Devils, kini tanpa kemenangan dalam lima perlawanan terakhir dalam saingan Eropah, menduduki tangga ke-13 Liga Perdana Inggeris selepas permulaan hambar musim ini.

"Saya tidak menilai kami pada masa ini.

Iklan

Saya menilai kami pada penghujung musim. Kami sedang dalam proses. Tunggu sahaja.

Kami perlu membangunkan pasukan ini. Kami akan bekerja dan teruskan. Kami akan berjuang..

Iklan

"Anda lihat semangat dan hubungan antara kakitangan dan pasukan.

Pemain bersama-sama, mereka mempunyai semangat yang kuat dan mahu mencapai kejayaan.

Kami mempunyai mentaliti yang baik tetapi dalam beberapa bahagian pertahanan kami perlu meningkatkan," kata Ten Hag pada perlawanan yang menyaksikan kapten Bruno Fernandes turut dibuang padang pada minit ke-81 selepas dilayangkan kad merah.