KPDN serbu premis peniaga 'pilih bulu' jual minyak masak peket

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita sejumlah 78 kilogram minyak masak paket bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah premis di Kampung Acheh, Lumut dekat sini semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi itu hasil maklumat dan aduan orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap tindakan peniaga menjual minyak masak berkenaan kepada golongan tertentu.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat, satu tindakan uji beli (Ops Samar) dilaksanakan dan menurut pekerja kedai minyak masak paket telah habis dijual serta masih menunggu penghantaran.

"Curiga dengan jawapan itu, pemeriksaan lanjut dijalankan dan menemukan sejumlah minyak masak paket di dalam bilik kecil yang disyaki dijadikan stor,” katanya menerusi satu kenyataan.

Iklan

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"KPDN memberikan amaran keras tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti atau sindiket penyalahgunaan barang-barang kawalan termasuk minyak masak paket bersubsidi,” katanya. - Bernama

Iklan