Lans Koperal mengaku tidak bersalah peras ugut wanita

Iklan
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pendakwaan memeras ugut.

SEREMBAN - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan memeras ugut seorang wanita pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Lans Koperal Ahmad Muaz Md Subri, 36, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita berusia 31 tahun bahawa satu bencana iaitu ditangkap polis akan berlaku kepadanya.

Dengan jalan demikian dengan curang mendorong wanita itu menyerahkan harta iaitu wang berjumlah RM500 kepada tertuduh.

Iklan

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh jam lebih kurang 9.30 malam pada 17 Oktober tahun lalu di tempat letak kereta di sebuah rumah flat di Nilai.

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan memeras ugut seorang wanita pada Oktober tahun lalu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Azizi Abdull Aziz memohon mahkamah menetapkan jaminan paling rendah kerana tertuduh menanggung isteri dan enam anak.

Mahkamah seterusnya, membenarkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 22 Oktober ini.