Lima laporan polis diterima warga China didakwa bekerja di Semporna

Iklan
Gambar hiasan

SEMPORNA - Lima laporan polis diterima daripada pengusaha pelancongan tempatan berhubung dakwaan warga China menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata, laporan polis itu diterima pada Rabu lalu yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap warga China terbabit yang bekerja tanpa pas pekerja yang sah.

Iklan
Iklan

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna telah menerima lima laporan polis daripada pengusaha pelancongan warga tempatan yang menyatakan tidak puas hati terhadap warga China yang bekerja tanpa pas pekerja yang sah di daerah ini.

"Pengadu juga menyatakan golongan ini dikhuatiri akan menimbulkan kesan negatif terhadap sektor pelancongan dan perniagaan di daerah ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, laporan polis dibuat itu juga telah dirujuk kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk tindakan selanjutnya.

Iklan