Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'

Iklan
Kim Ye-ji ditawarkan watak 'pembunuh upahan' dalam siri 'Crush' sebagaimana diwar-warkan wakil jurucakap firma hiburan Asia Lab, Seoul pada Jumaat

ATLET menembak Korea Selatan yang menjadi sensasi pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang lalu, Kim Ye-ji ditawarkan menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.

'Pembunuh upahan' yang dimaksudkan ialah watak yang akan beliau bawakan dalam siri 'Crush' yang telah diwar-warkan oleh wakil jurucakap dari firma hiburan Asia Lab, Seoul pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Penampilan Kim Ye-ji menjadi buah mulut ramai apabila aksi bersahaja beliau ketika beraksi dalam acara menembak 10m air pistol wanita telah menghadiahkan pingat perak buat dirinya.

Ada juga yang membayangkan gayanya persis watak James Bond, dengan gaya unik memakai pakaian hitam dipadankan dengan topi bola lisut putih.

Iklan

Terdahulu, Kim telah mendapat pujian daripada pengasas platform X, Elon Musk yang mencadangkan Kim untuk mencuba bidang lakonan.

Dalam siri 'Crush', Kim akan bergandingan bersama pelakon dan pempengaruh dari India, Anushka Sen. Sen dalam pada itu menggambarkan rasa teruja dapat bekerjasama dengan Kim selaku pemenang pingat Sukan Olimpik dan atlet sensasi Korea Selatan paling popular di dunia. -- Stadium Astro/Awani

Iklan