JAIS teliti pelaksanaan kubur bertingkat atasi kepadatan

Iklan
Hantaran Altimet di aplikasi X pada Jumaat berhubung masalah kepadatan tanah perkuburan di Ampang.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang meneliti pelaksanaan kubur bertingkat bagi menangani isu kepadatan tanah bagi pengebumian jenazah umat Islam di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, perkara itu telah dibincangkan untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"JAIS akan syorkan beberapa cara perlaksanaan kepada kerajaan negeri (Selangor)," katanya dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, kaedah kubur bertingkat masih dalam peringkat perbincangan.

Iklan

"(Kubur bertingkat masih) dalam kajian JAIS," kata beliau.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman memaklumkan semua tanah perkuburan di Ampang telah penuh kecuali di Ukay Perdana.

Iklan

Beliau memberitahu, secara puratanya, berlaku lima hingga tujuh pengebumian jenazah di tanah perkuburan di Ampang pada setiap hari.

"Kaedah kubur bertingkat wajar dikaji untuk Selangor dan mungkin Ampang boleh jadi perintis," kata Syed Ahmad atau Altimet di aplikasi X.

Isu kepadatan tanah perkuburan Islam turut menjadi perbincangan masyarakat terutama di kawasan berpenduduk tinggi seperti di ibu kota dan beberapa negeri kecil di negara ini.