Strategi Tarozzi pacu kemenangan di Kulai

Iklan
Pelumba VF Group-Bardiani-CSF-Faizane, Manuele Tarozzi (tengah) memenangi Peringkat Keenam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 sejauh 123.4km dari Batu Pahat ke Kulai, Johor hari ini. Diikuti pelumba EF Education-EasyPost Stefan de Bod (kiri) tempat kedua dan pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn (kanan) meraih tempat ketiga. Foto Bernama

STRATEGI pelumba VF Group Bardiani CSF Faizane, Manuele Tarozzi yang berjaya meloloskan diri daripada peloton dalam beberapa kilometer (km) terakhir membuahkan hasil apabila berjaya menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Batu Pahat ke Kulai pada Jumaat.

Pelumba berusia 26 tahun itu turut dicabar oleh pelumba EF Education EasyPost, Stefan de Bod yang turut berjaya melepaskan diri daripada peloton namun terpaksa akur berada di kedudukan kedua.

Iklan
Iklan

Pemenang peringkat empat dan lima, Arvid De Kleijn dari Tudor Pro Cycling Team pula ketiga dalam perlumbaan sejauh 123.4 kilometer itu.

"Selepas melakukan pemecahan yang baik De Bod yang memiliki kekuatan luar biasa cuba mengejar.

Iklan

Pelumba Team dsm-firmenich PostNL, Max Poole masih mengekalkan jersi hijau iaitu pendahulu keseluruhan dengan mengumpul catatan masa 19:02:04s, diikuti Thomas Pesenti dari JCL Team UKYO (0:14s).

Jersi polka dot selaku Raja Bukit pula kekal milik pelumba BH Burgos, Mario Aparicio dengan 27 mata, diikuti Poole 22 mata dan ketiga Anthon Charmig dari Astana Qazaqstan Team (12 mata).

Iklan

Pelumba JCL Team UKYO, Manabu Ishibashi berjaya mengekalkan jersi putih selaku Terbaik Asia (19:04:21s), meninggalkan rakan sepasukan, Yuma Koishi (2:41s), manakala Keigo Kusaba dari Aisan Racing Team di kedudukan ketiga (2:45s).

Peringkat ketujuh pada Sabtu akan bermula dari Miri ke Bintulu sejauh 199.3km dengan menawarkan tiga zon pecutan di Suai, Nyalau dan Kidurong, manakala zon pendakian pula terdapat di Bintulu.