UniKL tingkat kepakaran tenaga mahir rel tempatan

Iklan
DR AZMAN SENIN

TEKNOLOGI sofistikated China membuktikan kemampuan negara tembok besar itu menyaingi negara maju seperti Jepun dan Eropah.

Dekan Kampus Cawangan Institut Reka Bentuk Malaysia-Itali (MIDI) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Ir Dr Azman Senin tidak menafikan teknologi dan infrastruktur dimiliki China adalah antara yang terbaik di dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, teknologi kereta api berkelajuan tinggi yang diperkenal China baru-baru ini mungkin satu pencapaian baharu bagi menyaingi Jepun dan Eropah yang sememangnya terkenal dengan teknologi berkenaan.

"Teknologi tersebut wajar dipelajari memandangkan negara masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang penyelenggaraan material, baik pulih komponen dan sistem berkaitan teknologi kereta api.

Iklan

"Ini kerana ketika ini, untuk mana-mana projek kereta api dalam negara, kerja penyelenggaraan masih dilaksanakan oleh syarikat China,” ujarnya kepada e-Trend baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai kemampuan menghasilkan teknologi yang sama, penyelidik UniKL itu yakin kemampuan Malaysia untuk menambah baik teknologi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur-Butterworth kepada kelajuan 200 kilometer sejam.

Iklan

"Untuk mencapai tahap kereta api berkelajuan tinggi mungkin masih jauh memandangkan Malaysia adalah negara pengguna. Kita masih membawa masuk teknologi luar.

"Negara belum memiliki teknologi pembuatan rel sendiri. Kita beli teknologi dari China. Ada segelintir alat ganti dibuat di dalam negara manakala selebihnya dibawa masuk dari luar,” katanya.

Azman berpendapat, sudah tiba masanya Malaysia mempunyai sebuah agensi pelaksana khusus dalam industri teknologi dan pembuatan kereta api.

"Buat masa ini, belum ada mana-mana agensi pelaksana yang dilantik menerajui industri teknologi dan pembuatan kereta api kerana kebanyakan bidang kuasa lebih kepada penguatkuasaan dan operasi. Belum lagi ada agensi yang betul-betul melaksanakan industri ini,” bicaranya.

Bagi menerajui pembangunan modal insan teknologi rel negara, UniKL telah menubuhkan Pusat Rel Asia sebagai pusat pembangunan akademik dan program bridging yang mengkhususkan kepada sistem rel.

Atas permintaan Industri 4.0, Azman menjelaskan, UniKL turut memperkenal Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Sistem Kereta Api) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan dalam Sistem Pembuatan.