'Prank' sambut hari jadi minggu orientasi, fasilitator mohon maaf

Iklan
Fasilitator yang mewakili rakan-rakan pimpinannya yang lain mengakui kesilapan yang dilakukan semasa Minggu Destini Siswa.

JOHOR BAHRU - Fasilitator Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor yang tular baru-baru ini kerana membuat ‘prank’ ketika Minggu Destini Siswa (MDS) tampil membuat permohonan maaf.

Menurut seorang fasilitator dikenali sebagai Aiman yang mewakili rakan-rakan pimpinannya yang lain, mereka mengakui kesilapan yang dilakukan selain mengakui apa yang mereka lakukan pada hari orientasi tersebut adalah tidak sesuai.

Iklan
Iklan

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, seorang pemilik akaun dikenali ms.ezad25 telah memuat naik video permohonan maaf daripada salah seorang fasilitator pada hari orientasi tersebut sebagai wakil.

"Saya mengakui kesilapan saya. Pertama sekali, mungkin kandungan yang saya buat tu tak berapa sesuai.

Iklan

"Apa-apapun, saya kena mengakulah. Memang itu kesalahan yang kita tak boleh nafikan,” katanya.

Baru- baru ini tular di media sosial video memaparkan hari orientasi pelajar baharu di UiTM Segamat yang mana fasilitatornya membuat 'prank' demi sambutan hari lahir rakan mereka.

Iklan

Menurut fasilitator tersebut, mereka juga terpaksa mengorbankan hari cuti mereka kerana perlu menjayakan hari orientasi tersebut namun dibalas dengan pergaduhan bersama fasilitator lain.

Namun, apabila melihat kepada wajah pelajar baharu ketika fasilitator tersebut bergaduh, segelintir daripada mereka kelihatan sedikit cuak atau gentar melihat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ia sebenarnya merupakan helah daripada fasilitator bagi menyambut hari lahir rakan mereka yang dipercayai merupakan salah seorang daripada fasilitator semasa orientasi.

Sebaik mendengar nyanyian lagu ‘Happy Birthday’, terdapat beberapa pelajar baharu lelaki yang kedengaran kurang berpuas hati dengan sambutan tersebut.

Sementara itu, fasilitator tersebut berpendapat walaupun tindakan netizen mengecam fasilitator dan pelajar di universiti awam itu kurang sesuai, dia berharap semua orang dapat bergembira semasa orientasi itu.

"Mungkin apa yang difikirkan netizen itu dan apa tindakan netizen terhadap saya dan terhadap anda semua mungkin tidak sesuai, saya harap semua enjoy.

"Saya minta maaf dari pihak saya dan saya mewakili keseluruhan fasilitator kerana tindakan saya menyebabkan nama kami, nama anda semua mungkin tercalar.

"Saya harap, orientasi kali ini menjadi kenangan untuk anda semua,” katanya.