Taipei pilihan pertama destinasi pelancongan rakyat Malaysia

Iklan
Yeh (lapan dari kiri) bersama wakil NGO Malaysia dan Taiwan memotong kek sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-113 Republik China di sebuah hotel pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Bandar Taipei, Taiwan menjadi pilihan pertama destinasi pelancongan antarabangsa rakyat Malaysia tahun ini.

Duta Taiwan di Malaysia, Phoebe Yeh berkata, ia berdasarkan maklumat menerusi platform percutian popular dalam talian, Agoda.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, tahun lalu 460,000 rakyat Malaysia didapati berkunjung ke Taiwan, sekali gus menjadikan negara berkenaan sebagai pilihan nombor satu paling ramai dilawati masyarakat dalam kalangan negara ASEAN.

Yeh (lapan dari kiri) bersama wakil NGO Malaysia dan Taiwan memotong kek sempena sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-113 Republik China di sebuah hotel pada Khamis.

"Pihak kami juga dengan giat mempromosikan Salam Taiwan dengan harapan lebih ramai rakan Muslim akan merasai keistimewaan dan keindahan Taiwan.

Iklan

"Taiwan juga menduduki tempat ketiga sebagai destinasi mesra Muslim dalam kalangan negara bukan Muslim,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-113 Republik China yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Kinmen Melaka, Datuk Goh Chee Hoe; Pengerusi Persatuan Kim Mooi Selangor, Tan Leong Kiat; Presiden Persekutuan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia, Pang King Hoe; Suruhanjaya Tinggi Eswatini, Menzie Sipho Dlamini; Presiden Kebangsaan Dewan Perniagaan & Industri Taiwan di Malaysia, Lin Kai Min; Presiden Persatuan Perdagangan dan Persahabatan Taiwan Malaysia, Datuk Seri Tang Ying Lik dan Bekas Pengerusi Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia, Tan Tai Kim.

Iklan

Selain itu, turut hadir kepimpinan Majlis Hal Ehwal Komuniti Luar Negara termasuk Penasihat Kanan, Datuk Seri Dr Tang Yong Chew Jp, Datuk Dr Lee Fang Hsin, Lin Young Chang, Datuk Chiang Wen Chou, Datuk Lee Ser Chong; Penasihat, Siew Tick Chai dan ahlinya, Kang Yao Chung.

Yeh (lapan dari kiri) bersama wakil NGO Malaysia dan Taiwan meraikan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-113 Republik China di sebuah hotel pada Khamis.

Menurut Yeh, Malaysia kekal sebagai salah satu lokasi kunjungan terbesar bagi pelajar asing Taiwan dan pelancong luar.

"Selama tujuh dekad lalu, lebih 100,000 rakyat Malaysia melanjutkan pendidikan tinggi di Taiwan, dengan lebih daripada 10,000 pelajar sedang mengikuti pengajian sekarang,” ujar beliau.

Katanya, dari aspek ekonomi, jumlah perdagangan Malaysia-Taiwan juga mencapai 27 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2023, menjadikan negara berkenaan sebagai rakan dagang kelima terbesar Malaysia.

"Selama bertahun-tahun, Taiwan telah menjadi sumber pelaburan langsung asing (FDI) kelapan terbesar bagi Malaysia.

"Menerusi pelaburan Taiwan yang telah mencipta 400,000 pekerjaan, ia menjadikannya sebagai sumber pekerjaan ketiga terbesar selepas Singapura dan Jepun,” menurutnya.

Tambah beliau, aspek pertumbuhan industri semikonduktor; elektrik dan elektronik (E&E) serta hubungan rapat dalam rantaian bekalan turut memainkan peranan penting dalam hubungan ekonomi Malaysia-Taiwan.

"Contoh yang baik adalah syarikat pengemasan dan pengujian terkemuka dunia iaitu Kejuruteraan Semikonduktor Lanjutan (ASE) yang kini mempunyai kilang di Penang serta sedang memperluaskan operasinya,” ulasnya.