PETI sejuk Japandi keluaran terbaharu Toshiba menampilkan reka bentuk moden dan teknologi inovatif selain memberikan sentuhan harmoni serta praktikal bagi semua jenis ruang dapur.
Pengarah Urusan Pemasaran dan Perkhidmatannya, Steven Yang berkata, dengan menekankan reka bentuk 'SeamlessFit slot-in' yang inovatif dapat membantu mengoptimumkan ruang dapur selain memberi integrasi sempurna gaya hidup moden.
Menurutnya, produk itu turut dilengkapi dengan OriginFresh, yang menawarkan teknologi pengawetan daging dan ikan selain Teknologi -1°C Pro Aging yang boleh memastikan bahan-bahan disimpan pada suhu yang ideal bagi meningkatkan rasa dan tekstur makanan.
"Mod Soft-Freeze -3°C juga boleh mengekalkan bahan-bahan makanan dalam keadaan sederhana beku bagi mengekalkan tekstur dan kualiti makanan yang lebih tahan lama. Tambahan pula, fungsi Deep Freeze juga mampu membekukan makanan dengan kadar segera iaitu pada -30°C bagi mengekalkan kesegaran kualiti makanan.
"Peti sejuk Japandi ini juga dilengkapi dengan teknologi HydroFresh yang mengekalkan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala sistem PureAIR mampu menghapuskan 99 peratus bakteria, virus serta etilena, selain menyediakan perlindungan makanan dalam tempoh 24 jam.
"Produk ini juga dilengkapi dengan 60-Minute Quick Ice Making, yang kini terpantas di dalam industri bagi memudahkan rutin harian pengguna yang sibuk,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, menurut Steven, selain membantu pengguna meningkatkan kualiti gaya hidup dan kelestarian, ia juga meringankan beban mereka dalam menangani urusan harian di rumah.
Tambah beliau, perkara itu sejajar dengan misi syarikat untuk memperbaiki kehidupan sambil membina masa depan yang lebih mampan.
"Toshiba amat menekankan konsep ketelitian dan kehalusan bagi setiap produk.
"Peti sejuk Japandi bukan sahaja direka secara teliti malah setiap butiran dan fungsinya juga diberi penekanan yang amat tinggi bagi menyempurnakan elemen estetika, moden dan praktikal,” katanya.