Tindakan terhadap GISBH keterlaluan - Tun M

Iklan
TX Sabtu, 5 Okt 2024, 10am

Tindakan terhadap GISBH keterlaluan - Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang semasa pentadbirannya mengharamkan Al-Arqam berpendapat, tindakan pihak berkuasa sekarang terhadap pengikut dan pemimpin GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah keterlaluan, sehingga seolah-olah ingin melenyapkan terus organisasi berkenaan.

Beliau berkata, mereka yang terlibat diperlakukan seperti sudah melakukan jenayah dan ia berbeza dengan pendekatan yang dibuat terhadap Al-Arqam yang dipimpin Ashaari Muhammad pada 30 tahun lalu.

Tun Dr Mahathir berkata demikian dalam Interviu eksklusif bersama Sinar Harian.

#BeritaSemasa #SinarHarian #Interviu #TunDrMahathir #GISBH #AlArqam