Bayi 7 bulan maut ketika tidur tanpa gejala sakit

Iklan
Naura Ameena (gambar kecil) yang berusia tujuh bulan meninggal dunia ketika tidur dipercayai akibat jangkitan kuman dalam badan. Perkongsian Syahierah mendapat liputan meluas daripada media dan turut mengundang sebak warga maya.

SHAH ALAM - Seorang ibu tidak menyangka bayinya, Naura Ameena Muhamad Yusri yang berusia tujuh bulan meninggal dunia ketika tidur dipercayai akibat jangkitan kuman dalam badan meskipun belum pernah menunjukkan sebarang gejala sakit, malah sentiasa kelihatan sihat dan ceria.

Menerusi perkongsian Syahierah Zainal di Facebook, dia dan suami sempat meluangkan masa dan melakukan rutin harian bersama anak kesayangannya itu pada hujung minggu lalu sebelum menemukannya dalam keadaan 'membiru' sejam selepas didodoikan.

Iklan
Iklan

Menurut wanita tersebut, pada mulanya dia enggan bersetuju untuk anaknya menjalani postmortem, namun terpaksa akur atas desakan doktor dan pegawai penyiasat bagi mengetahui punca sebenar kematian itu berlaku.

Keadaan ketika Naura dimandikan. Foto Facebook Syahierah Zainal.

"Lebih kurang 10 malam, papa masuk bilik nak tidurkan abang, awak tak bergerak dan badan 'biru'. Papa angkat awak dah lembik, mama macam nak gila minta tolong jiran-jiran.

Iklan

"Doktor cakap bukan 'pergi' sebab lemas atau tersedak susu, tetapi terkena jangkitan kuman pada limpa, usus dan perut. Mama tak sangka sangat sebab awak sihat, gemuk, ceria dan suka senyum, langsung tiada tanda sakit," katanya pada Rabu.

Majoriti warganet turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar pasangan suami isteri itu dipermudahkan urusan.

Hantaran ibu kepada dua cahaya mata terbabit mendapat lebih dari 17,000 tanda suka, 22,000 perkongsian dan hampir 4,000 komen malah majoritinya turut mengucapkan takziah serta mendoakan agar keluarganya dipermudahkan urusan.

Iklan

Syahierah turut memaklumkan, sebaik selesai prosedur postmortem, doktor tidak dapat menjelaskan bagaimana kuman sebanyak itu boleh berada di dalam tubuh Naura dan boleh dikatakan kes sedemikian agak 'rare' atau jarang berlaku.

Jelasnya lagi, sampel kuman sudah dihantar ke makmal, namun keputusan akhir hanya boleh diketahui sekitar tiga atau empat bulan dan setakat ini surat kematian tertulis 'pending analysis'.

"Lega awak pergi tak terseksa. Awak betul-betul tak mahu susahkan mama dan papa, rasa bersalah mama hilang bila tahu bukan kerana lemas, tetapi mama terkejut sebab awak memang tak sakit.

"Postmortem selesai, doktor cakap dah boleh ambil jenazah Naura untuk dimandikan. Mama nak mandikan buat kali terakhir, Masya-ALLAH cantiknya, sempurna jahitan dan muka macam tengah tidur.

"Tujuh bulan sahaja ALLAH SWT pinjamkan awak untuk mama tak puas lagi gomol awak. Perit sangat tapi mama reda serta terima qada dan qadar," ujarnya.