Ribut petir, hujan lebat landa hampir semua negeri malam ini

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melanda hampir semua negeri sehingga 11 malam ini.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan hampir kesemua negeri sehingga jam 11 malam ini.

MetMalaysia berkata, negeri tersebut meliputi Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Iklan
Iklan

"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Pulau Pinang, Kedah (Langkawi), Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim) manakala Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera).

"Selain itu di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) manakala Sarawak pula di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau) serta Mukah (Dalat dan Mukah) sehingga jam 11 malam.

Iklan
Iklan

"Amaran dikeluarkan apabila ada tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku lebih sejam," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.