Ajaran Cahaya dikesan di Kuala Pilah, dakwa ada roh rasul

Iklan
Dalang ajaran sesat dikenali sebagai Ajaran Cahaya di Kuala Pilah telah ditahan di Pahang. Gambar hiasan

SEREMBAN - Dalang ajaran sesat dikenali sebagai Ajaran Cahaya menganggap dirinya sudah mencapai darjat tinggi selain mendakwa semua urat dan darahnya sudah mula berzikir sehingga tidak perlu lagi beribadat.

Ajaran sesat itu dipercayai didalangi lelaki warga Singapura berusia 60 tahun yang mengakui dalam dirinya ada roh kudus merujuk kepada roh semua rasul.

Iklan
Iklan

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ahmad Zaki Hamzah berkata, hasil risikan mendapati ajaran tersebut bertapak di Kuala Pilah sejak setahun lalu.

"Kami telah menahan lelaki berkenaan dengan seorang wanita tempatan berusia 42 tahun di Muadzam Shah, Pahang ketika perjalanan ke Terengganu pagi tadi.

Iklan

Ujarnya, siasatan juga mendapati lelaki berkenaan turut mendakwa tidak perlu berzikir dan solat, manakala bersentuhan dalam kalangan bukan muhrim itu dianggap tidak berdosa.

"Selain menyebarkan ajaran secara berkumpulan, mereka menggunakan media sosial untuk mempengaruhi pengikut supaya percaya dengan fahaman yang bertentangan dengan hukum, dan siasatan mendapati ajaran itu hanya tersebar di daerah Kuala Pilah," katanya.

Iklan

Dalam pada itu katanya, lelaki berkenaan mengakui kali terakhir solat fardu lima waktu pada 2021 yang mana dia menganggap dirinya tidak perlu melakukan apa-apa ibadah.

"Kita tidak menolak kemungkinan ada tangkapan lain akan dilakukan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat," katanya.