Serangan AS-UK sasar bandar Sanaa, lapangan terbang di Yaman

Iklan
AS dan British melakukan serangan udara dengan menyasarkan beberapa kawasan di Yaman termasuk bandar Sanaa serta lapangan terbang Hodeida. Foto fail

SHAH ALAM - Amerika Syarikat (AS) dan British melakukan serangan udara dengan menyasarkan beberapa kawasan di Yaman termasuk bandar Sanaa serta lapangan terbang Hodeida.

Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita utama Yaman iaitu Al Masirah TV yang digerakkan kumpulan Houthi pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut agensi berkenaan, serangan terbabit juga menyasarkan beberapa lokasi lain seperti di bahagian selatan bandar Dhamar.

"Kumpulan Houthi yang bersekutu dengan Iran telah melancarkan serangan ke atas kapal antarabangsa berhampiran Yaman sejak November tahun lalu.

Iklan

"Ia sebagai tanda solidariti kami terhadap rakyat Palestin dalam peperangan antara Israel dan gerakan Hamas.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel pada Selasa sebagai tindakan balas terhadap serangan Zionis terhadap sekutunya, Hizbullah di Lubnan.

Iklan

Tindakan itu juga difahamkan bagi menuntut bela kematian pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran pada penghujung Julai lalu dan ia dijangka mencetuskan peperangan lebih besar di rantau Asia Barat.

Penggera amaran dibunyikan di seluruh Israel dan letupan boleh didengari di Baitulmaqdis serta lembah Sungai Jordan manakala rakyat Israel berkumpul di tempat perlindungan bom.