Amaran keras buat kontraktor jika projek Pan Borneo lewat

Iklan
Nanta (tiga) dari kiri menyerahkan SST kepada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek pembinaan LPB Sabah Fasa 1B di Sabah.

KOTA KINABALU - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi amaran keras kepada kontraktor supaya lebih bertanggungjawab mengelak sebarang isu kelewatan dalam pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sabah.

Beliau menegaskan supaya kontraktor yang dilantik tidak mengulangi kelewatan atau masalah yang dihadapi dalam pembinaan LPB Sabah bagi Fasa 1A lalu.

Iklan
Iklan

"Memang saya memberi amaran tadi kalau kita mesti mengelak timbulnya masalah atau isu dan mengekalkan kelancaran perjalanan atau pelaksanaan projek ini.

"Saya menganggap pemantauan Sabah ini adalah cabaran besar, kita mengambilnya dan saya mahu buat yang terbaik untuk projek ini.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Dan Sesi Suai Kenal Bersama Kontraktor-Kontraktor Projek LPB Sabah Fasa 1B di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada malam Jumaat.

Dalam majlis itu, sebanyak 13 kontraktor telah dilantik dan diserahkan SST untuk pembinaan Projek LPB Sabah Fasa 1B di Sabah.

Iklan

Dalam ucapan beliau sekali lagi mengingatkan kontraktor tidak cuba mengambil jalan pintas dan mengabaikan kualiti kerja dalam pembinaan jalan.

"Bayangkan jika kontraktor tidak melakukan kerja yang tidak berkualiti dan seseorang mengalami kemalangan atau kehilangan nyawa, bagaimana perasaan kamu.

"Bagi saya perkara ini sangat penting. Contohnya, bila ada motosikal terlanggar lubang jalan dan ia boleh mengakibatkan kemalangan.

"Jika penunggang tersebut hanya cedera, mungkin tidak begitu teruk. Tetapi jika dia kehilangan nyawa, siapa yang patut bertanggungjawab? Bukan orang lain, yang pertama adalah saya sebagai menteri, tetapi yang lebih penting adalah kita semua yang terlibat, syarikat konsesi, penyelenggaraan dan kita semua bertanggungjawab," katanya.