Kelab bola sepak Israel, FIFA perlu hormati undang-undang antarabangsa - PBB

Iklan
FIFA

GENEVA - Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) perlu menghormati dan menuntut penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa daripada kelab bola sepak Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), memetik pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.

Selama ini, sekurang-kurangnya lapan kelab bola sepak telah dikenal pasti atau beroperasi di penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki. Kelab Israel, yang kebanyakannya menunjukkan sikap perkauman terhadap rakyat dan pemain Palestin selama bertahun-tahun, bergabung dalam Persatuan Bola Sepak Israel (IFA).

Iklan
Iklan

Kelab kesembilan, yang berpangkalan di Israel, turut bermain beberapa perlawanan di penempatan itu.

"Integrasi dan kelakuan seperti itu dalam IFA bermakna mengiktiraf secara sah situasi yang timbul daripada kehadiran Israel yang tidak sah di Wilayah Palestin yang diduduki.

Iklan

Ini merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa, seperti yang ditegaskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam Pendapat Penasihatnya pada 19 Julai 2024, yang menekankan bahawa pemindahan penduduk Israel ke Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, serta pengekalan kehadiran mereka oleh Israel, melanggar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan kewajipan Israel di bawah Konvensyen Geneva Keempat,” kata para pakar berkenaan.

Mereka berkata:"Secara undang-undang, ini merupakan tindakan pencerobohan yang melanggar jus ad bellum. Ini adalah pelanggaran serius terhadap Konvensyen dan juga merupakan beberapa jenayah di bawah Statut Rom.”

Iklan

Dalam Pendapat Penasihatnya, ICJ dengan jelas menyatakan bahawa pendudukan Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur, adalah tidak sah, termasuk penempatan dan pengilhakan berkaitan.

ICJ juga menyatakan bahawa dasar-dasar Israel melanggar larangan pengasingan kaum dan apartheid seperti yang dinyatakan dalam Artikel 3 Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.

Mahkamah mengarahkan Israel untuk menamatkan pendudukannya, membongkar koloninya dan tembok pemisah, keseluruhan rejim yang berkaitan, memberi pampasan penuh kepada rakyat Palestin, dan memudahkan kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan sejak 1967.

"Kami menyeru Majlis FIFA, yang akan meneliti perkara ini semasa mesyuarat pada Oktober 2024, untuk memastikan keputusannya selaras dengan norma undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diabaikan,” kata para pakar itu.

Kami mengingatkan FIFA bahawa undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, yang merangkumi hak untuk menentukan nasib sendiri, serta larangan diskriminasi kaum dan apartheid, terpakai kepada organisasi antarabangsa swasta, terutamanya yang mempunyai bidang kuasa dan mandat global seperti dirinya. FIFA juga mesti memenuhi tanggungjawabnya untuk menghormati hak asasi manusia mengikut Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia,” kata mereka.

"Kemandirian dan pengawalan kendiri dalam sukan tidak seharusnya memudaratkan hak asasi manusia yang sangat penting,” kata para pakar itu. - Bernama-Wafa