Serangan Iran ke atas Israel diraikan dunia?

Iklan
Rakyat Iran berkumpul di luar Masjid Imam Jaafar Sadiq di Dataran Palestin, Teheran bagi meraikan kejayaan serangan negara itu ke atas Israel.

DUNIA bagaikan 'meraikan' serangan Iran ke atas negara haram Israel selepas negara itu dilihat kian bermaharajalela selepas menyerang beberapa buah negara di bahagian Asia Barat sebelum itu.

Kejadian pada malam Selasa itu menyaksikan Iran melepaskan peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Iran.

Rakyat Iran berarak di Teheran pada malam Selasa, selepas tentera mereka melepaskan peluru berpandu ke atas Israel.

Iklan
Iklan

Pada kejadian malam itu, penggera amaran dibunyikan di seluruh Israel.

Letupan boleh didengari sehingga ke Baitulmaqdis dan lembah Sungai Jordan sementara rakyat Israel berkumpul di tempat perlindungan bom.

Orang ramai melihat sisa peluru berpandu Iran yang jatuh di kawasan padang pasir Negev berhampiran Arad.

Iklan

Laporan mengatakan antara 150 dan 200 peluru berpandu dilancarkan dalam serangan pada malam itu.

Ia adalah serangan kedua Iran ke atas Israel selepas serangan peluru berpandu dan dron pada April lalu, sebagai tindak balas kepada serangan udara maut Israel ke atas konsulat Iran di Damsyik.

Seorang remaja lelaki melihat kesan runtuhan bangunan di Hod Hasharon selepas serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.

Iklan

Menurut laporan AFP, seramai tujuh individu disahkan cedera dalam tembakan di pusat komersial Israel Tel Aviv pada Selasa.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih awal dengan mengatakan Iran sedang bersiap untuk melancarkan serangan peluru berpandu balistik.

Kesan runtuhan bangunan dapat dilihat di Hod Hasharon akibat serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan kecemasan Magen David Adom Israel, Eli Bin berkata, kejadian tersebut berlaku di dua lokasi berbeza.

Sementara itu Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, serangan peluru berpandunya ke atas Israel semata-mata untuk mempertahankan kepentingan negara dan rakyatnya.

Kesan serangan pada malam Selasa itu menyaksikan banyak bangunan yang musnah.

Dalam masa sama, negara itu memberi amaran kepada Israel, pelancaran peluru berpandu balistik pada Selasa merupakan 'hanya sebahagian daripada kuasa kami'.

"Tindakan ini adalah untuk membela kepentingan dan rakyat Iran. Untuk memberitahu (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu bahawa Iran tidak berperang, tetapi ia berdiri teguh menentang sebarang ancaman," tegas Masoud memberi peringatan kepada Israel dalam hantaran beliau di platform X.

Seorang anggota bomba memadamkan kebakaran di Hod Hasharon susulan serangan peluru berpandu Iran.

Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah

Perkembangan terkini menerusi imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0 pada malam Selasa.

Anggota Komando Israel memeriksa lubang kawah kesan daripada serangan peluru berpandu Iran. Banyak bangunan rosak di bandar Gedera, selatan Israel susulan serangan itu.

Laporan agensi berita AP sehari selepas itu mendedahkan lubang besar pada bumbung beberapa bangunan berhampiran landasan utama di kemudahan Nevatim berkenaan.

Nevatim menempatkan beberapa jenis pesawat paling canggih termasuk jet pejuang, F-35 Lightning II buatan Amerika Syarikat (AS) dan dilengkapi empat landasan di kawasan meliputi kira-kira 50 kilometer persegi dan terletak di gurun Negev.

Orang ramai bergambar dengan sisa peluru berpandu Iran di padang pasir Negev berhampiran Arad.

Kira-kira tujuh rakaman video berbeza memaparkan impak di kemudahan itu akibat dibedil 20 hingga 30 misil balisitik Teheran.

Beberapa sumber mendakwa bedilan itu turut memusnahkan lebih 20 jet pejuang.

Menerusi kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengakui beberapa pangkalan tentera udara mereka mengalami kemusnahan dan kerosakan akibat hujan misil tersebut. - Agensi