BEIJING - Seorang remaja lelaki disahkan mengidap penyakit rhabdomyolysis atau kerosakan otot sehingga mengancam nyawanya selepas dipaksa melakukan senaman 'squat' sebanyak 1,000 kali.
Ibu remaja terbabit, Lu dan tinggal di Wilayah Shandong, mendedahkan kisah tragis bagaimana anaknya, Jining (bukan nama sebenar) didenda dengan membuat senaman keras sehingga lumpuh.
Kejadian itu berlaku pada musim panas lalu, selepas anaknya mendaftarkan diri di kem yang berlangsung selama tujuh hari di mana peserta dikehendaki melakukan aktiviti fizikal.
Pada mulanya, bapa Jining menyedari sebelah kaki anaknya lembik dan semasa bertanyakan kepada penganjur dan mereka menyatakan keadaan semuanya baik.
Selepas mereka pergi menjemputnya di kem, barulah ibu-bapanya menyedari anaknya yang berusia 13 tahun sedang duduk di atas bangku dilihat tidak boleh berdiri dengan sendiri.
Semasa menyoal anak lelaki mereka barulah kedua ibu bapa itu mengetahui bahawa sebelum kem, salah seorang guru telah menangkapnya atas kesalahan bercakap dengan kanak-kanak lain semasa latihan dan mendendanya melakukan 1,000 kali senaman 'squat'.
Selepas mencapai 200 kali, Jining rebah di atas tanah kerana mengalami kesakitan otot melampau.
Paling menyedihkan, guru itu tidak membantunya dan malah menendangnya serta membiarkannya merebahkan diri di atas lantai sambil mengerang kesakitan.
Remaja itu hanya dibantu duduk duduk di atas bangku majlis tamat kem bermula dan pada masa itu ibu bapanya tiba.
Pada masa itu, bapanya meminta salah seorang guru kem untuk menemaninya ke hospital berdekatan untuk memeriksa kakinyadi mana dia didiagnosis menghidap. ketegangan otot melampau.
Bagaimanapun, pada-hari berikutnya, remaja itu tidak boleh berjalan atau tidur pada waktu malam, jadi ibu bapanya membawanya ke Hospital Gabungan Kolej Perubatan Jining di mana doktor mendiagnosisnya mengidap penyakit rhabdomyolysis.
Selepas mendapatkan rawatan selama 13 hari di Hospital Gabungan Kolej Perubatan Jining, remaja itu dibenarkan keluar, tetapi keadaannya tidak pulih sepenuhnya.
Kini berusia dia yang berusia 14 tahun, masih tidak dapat menjalani kehidupan normal dan kemungkinan besar tidak akan dapat melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Otot kakinya kini didapati lemah dan selain itu dia mengalami kerosakan hati dan buah pinggang. - Agensi