Tun M buat perbandingan cara tangani Al-Arqam dengan GISBH
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang semasa pentadbirannya mengharamkan Al-Arqam berpendapat tindakan pihak berkuasa sekarang terhadap pengikut dan pemimpin GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah keterlaluan, sehingga seolah-olah ingin melenyapkan terus perniagaan organisasi berkenaan.
Beliau berkata, mereka yang terlibat diperlakukan seperti sudah melakukan jenayah dan ia berbeza dengan pendekatan yang dibuat terhadap Al-Arqam yang dipimpin Ashaari Muhammad pada 30 tahun lalu.