KOTA TINGGI - Seorang lelaki hanya mampu menggigit jari apabila wang simpanannya termasuk daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM224,000 lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pada mulanya lelaki warga tempatan berusia 57 tahun itu tertarik dengan skim pelaburan dikenali sebagai Freezer di aplikasi WhatsApp yang menjanjikan pulangan lumayan.