Gelombang haba luar biasa landa AS

Iklan

LOS ANGELES - Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu yang dijangka berlanjutan hingga hujung minggu.

"Lebih 70 rekod suhu tertinggi dijangka tercatat, terutamanya di wilayah barat daya AS mulai hari ini hingga hujung minggu," lapor Xinhua memetik kenyataan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) AS pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Gelombang haba dijangka berterusan di beberapa kawasan di tengah dan selatan California serta Gurun Barat Daya, menurut NWS.

Pakar cuaca meramalkan gelombang haba di penghujung musim panas ini akan membawa risiko panas sederhana hingga melampau di beberapa bahagian barat daya AS.

Iklan

NWS turut melanjutkan amaran haba melampau bagi kawasan berhampiran bandar utama, termasuk Las Vegas, Phoenix, San Francisco, dan Los Angeles.

Perkhidmatan cuaca menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga semasa bekerja atau melakukan aktiviti luar. - Bernama

Iklan