Rafizi dapatkan pengakuan Eric sebagai pengendali Facebook Najib, Lim Sian See

Iklan
Rafizi

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To dijemput hadir ke sesi podcast 'Yang Bakar Menteri' (YBM) bertujuan untuk mendapatkan pengakuan dan pendedahan identiti sebenar sebagai salah seorang pengendali akaun Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara tersebut diakui Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi satu hantaran dimuatnaik di platform X beliau pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Rafizi berkata, pendedahan Eric sebagai pengendali akaun Facebook menggunakan nama Lim Sian See itu juga mampu mempermudahkan urusan dari segi mengenakan tindakan undang-undang jika terdapat sebarang dakwaan atau fitnah yang dilemparkan terhadap kerajaan.

Menurut beliau, pihaknya boleh mengenal pasti individu yang berselindung di sebalik akaun media sosial palsu selepas ini dan mengambil tindakan lanjut.

Iklan

"Selain peranannya sebagai Lim Sian See, beliau juga dikatakan salah seorang daripada admin akaun Facebook ‘Najib Razak’ iaitu bekas perdana menteri.

Tangkap layar sesi podcast 'Yang Bakar Menteri' episod 6 yang disiarkan di Youtube pada Isnin.

Iklan

"Eric baru-baru ini mengesahkan identiti beliau sebagai Lim Sian See.

"Dengan pendedahan ini, sebarang dakwaan palsu atau fitnah yang disebarkan selepas ini akan lebih mudah untuk diambil tindakan atau dilaporkan," katanya menerusi hantaran di X pada Jumaat.

Sebelum ini, Eric yang dijemput ke sesi podcast YBM episod 6 sempat mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dikenakan terhadapnya jika beliau menulis kenyataan salah atau memesongkan fakta di media sosial.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan memaklumkan, antara sebab beliau ingin Eric hadir ke sesi podcast tersebut agar individu terbabit mengaku dan mendedahkan identiti sebenar.

Hal ini kerana menurutnya, apabila ada individu yang menulis menggunakan akaun media sosial palsu, tiada tindakan boleh dikenakan ke atasnya.

"Sebab itu saya nak dia datang hari ini (ke sesi podcast YBM) kerana dia telah tandatangan satu perakuan bahawa dialah Lim Sian See beserta nombor kad pengenalannya.

"Sebelum ini, apabila akaun yang digunakan palsu, memang orang tak boleh ambil tindakan. Macam Papagomo, sehingga sekarang dia tak mengaku dialah Papagomo.

"Jadi, selepas ini satu Malaysia tahu bahawa Lim Sian See ialah Eric See-To dan mudah untuk diambil tindakan serta laporan. Kalau ada hantaran lama sama ada orang nak saman sivil atau tindakan jenayah, boleh ambil kerana sebelum ini tak boleh ambil," ujarnya lagi.