Melaka Explorace 2024

Iklan

Para peserta menaiki beca semasa melakukan tugasan yang diberi pada pertandingan Melaka Explorace 2024 di sekitar Bangunan Stadthuys atau Bangunan Merah, Banda Hilir, Melaka, hari ini.

Kira-kira 70 pasukan berentap dan menjelajah negeri yang diisytihar sebagai bandaraya bersejarah sempena Melaka Explorace 2024 kali ini.

Iklan
Iklan

Program yang bertemakan ‘Mana Lagi, Melake Ler!’ itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Bernama sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Foto Bernama