Arteta puji konsistensi Arsenal, prestasi Havertz

Iklan
Arteta. Foto Agensi

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memuji konsistensi pemain The Gunners menjelang kunjungan Southampton ke Stadium Emirates bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

"Kami mempunyai senarai perlawanan yang sangat sukar selepas rehat antarabangsa, selain itu banyak perkara yang tidak dapat diramalkan berlaku seperti pemain tidak tersedia tetapi kami perlu menyesuaikan diri.

Iklan
Iklan

"Pastinya, ada aspek yang masih perlu diperbaiki tetapi kami menunjukkan banyak konsistensi dan kebolehsuaian dalam cara kami boleh bermain dan memenangi perlawanan.

"Saya fikir ini semua petanda yang sangat positif untuk kemajuan kelab ini untuk jangka masa panjang tetapi sejujurnya masih sangat awal musim ini," kata Arteta.

Iklan

Kelab London itu berhasrat berpeluang mengekalkan rekod tanpa kalah apabila melayan kunjungan The Saints kendalian Russell Martin setelah memenangi semua perlawanan musim ini kecuali menentang Manchester City dan Brighton.

Southampton yang dinaikkan pangkat dari Liga Kejuaraan tewas lima daripada enam perlawanan liga dengan satu-satunya keputusan seri menentang rakan yang turut dinaikan pangkat, Ipswich Town.

Iklan

Sebagai rekod, Arsenal kini di kedudukan ketiga di belakang Manchester City dengan perbezaan gol, kedua-dua pasukan mengumpul 14 mata, satu di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Anak buah Arteta menikmati kemenangan 2-0 di tempat sendiri ke atas Paris Saint- Germain dalam Liga Juara-Juara, mengekalkan rekod tanpa kalah merentasi semua kejuaraan dalam kempen ini.

Malah bekas penolong pembantu Pep Guardiola di Manchester City itu juga menyifatkan bintang Arsenal, Kai Havertz mempunyai potensi untuk menjadi penyerang 20 gol dalam satu musim.

Sentuhan penyudah semasa berdepan Leicester City dan PSG menyaksikan Havertz menjaringkan gol dalam setiap lima perlawanan terakhirnya di laman sendiri.

"Hakikat bahawa dia (Havertz) melalui beberapa detik sukar hanya menjadikannya pemain yang lebih baik...

"Dia sememangnya mempunyai semua kualiti dan pastinya mempunyai cita-cita untuk menjaringkan 20 gol semusim. Dia pastinya mempunyai keupayaan untuk melakukannya pada pendapat saya,” kata Arteta mengenai penyerang Jerman itu.

Arteta menambah bahawa pertahanan Jurrien Timber, Ben White dan Takehiro Tomiyasu boleh beraksi menentang Southampton, namun Oleksandr Zinchenko dan kapten Martin Odegaard mungkin tidak cergas.

Sementara itu, bekas penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale, yang menyertai Southampton dengan bayaran 25 juta pound pada musim penutup, bersedia untuk kembali ke Emirates.

"Keadaan berubah kerana ini adalah sukan elit dan segala perubahan boleh berlaku. Sukar untuk menangani situasi itu secara semula jadi jadi kami memutuskan untuk berpisah.

"Ramsdale adalah pemain yang sangat kami sayangi. Dia benar-benar meletakkan sentuhan jarinya di sini di kelab. Seronok melihatnya,” kata Arteta.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (5 OKTOBER)

Crystal Palace lwn Liverpool, 7. 30 malam

Arsenal lwn Southampton, 10 malam

Brentford lwn Wolves, 10 malam

Manchester City lwn Fulham, 11 malam

West Ham United lwn Ipswich Town, 11 malam

Leicester City lwn Bournemouth, 11 malam

AHAD (6 OKTOBER)

Everton lwn Newcastle United, 12.30 tengah malam

Aston Villa lwn Manchester United, 9 malam

Chelsea lwn Nottingham Forest, 9 malam

Brighton lwn Tottenham, 11.30 malam