Kerjasama agensi bantu selesai operasi banci pertanian di Labuan - DOSM

Iklan
Mohd Uzir (lima dari kanan) ketika mengadakan lawatan ke perusahaan ikan bilis di Kampung Bebuloh Laut sempena Program Lawatan Kerja Pesuruhjaya Banci Pertanian di Wilayah Persekutuan Labuan.

SHAH ALAM - Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Labuan kini mencapai 103.1 peratus untuk tempat kediaman dan 126.3 peratus pertubuhan yang menjalankan aktiviti berkenaan dilawati.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada lawatan tersebut, sebanyak sebanyak 99.3 peratus tempat kediaman pertanian dan 79.2 peratus pertubuhan pertanian daripada keseluruhan selesai dibanci.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencapaian itu diperoleh hasil kerjasama dan komitmen penuh daripada semua pihak terutama pengusaha serta agensi pertanian di Wilayah Persekutuan berkenaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Mohd Uzir (kanan) ketika mengadakan lawatan di Kampung Bebuloh Laut sempena Program Lawatan Kerja Pesuruhjaya Banci Pertanian di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Pelbagai usaha dan sesi libat urus telah dijalankan bersama pemimpin tempatan dan agensi pertanian melalui penyediaan kepakaran, pemudahcara kepada pembanci untuk berurusan dengan pengusaha pertanian di lapangan.

Iklan

"Ia bagi memastikan pengumpulan data pertanian terperinci diperolehi serta tiada pengusaha yang tertinggal dalam liputan banci pertanian ini," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir sebelum itu mengadakan lawatan ke perusahaan ikan bilis di Kampung Bebuloh Laut sempena Program Lawatan Kerja Pesuruhjaya Banci Pertanian di Wilayah Persekutuan Labuan.

Iklan

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Encik Suffian Ahmad; Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan, Puan Siti Zakiah Muhamad Isa dan Pengarah Bahagian Perangkaan Pertanian dan Alam Sekitar Jabatan Perangkaan Malaysia, Puan Fauziah Md Amin.

Sementara itu, beliau menerusi kenyataan sama memaklumkan, lebih 1.197 juta pegangan pertanian terlibat dalam operasi banci berkenaan dengan bilangan tempat kediaman sebanyak 1.177 juta atau 98.4 peratus dan pertubuhan sebanyak 19,753 atau 1.6 peratus.

Menurutnya, daripada jumlah sehingga 3 Oktober lalu, DOSM telah berjaya melawati 100.0 peratus dengan pecahan sebanyak 1,179,173 atau 100.1 peratus tempat kediaman dan pertubuhan sebanyak 18,318.

"Dapatan Banci Pertanian 2024 ini akan menjadi input dalam perancangan dasar dan strategi untuk meningkatkan aktiviti bagi ekonomi berasaskan pertanian pada masa akan datang.

"Statistik pertanian yang akan dikeluarkan ini akan digunakan untuk merangka dasar dan program jangka pendek serta panjang dan untuk meningkatkan keterjaminan makanan, produktiviti serta mempromosikan pertanian mampan," katanya.