LIGA Perdana menolak permintaan penyandang juara Manchester City untuk menangguhkan dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris 2025/26 bagi membolehkan pemain pulih selepas kempen Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat, kata pengendali The Citizens, Pep Guardiola.
Manchester City dan Chelsea, dua kelab liga Inggeris yang layak ke Piala Dunia Kelab, saingan diperluaskan bermula 15 Jun depan ketika saingan domestik menyingkap tirai pada Ogos.
Iklan
Iklan
Kalendar bola sepak yang semakin padat menjadi kebimbangan dalam kalangan pemain dan pengendali kelab, selain menurut laporan kesatuan pemain global FIFPRO, beberapa pemain hanya mendapat 12 peratus rehat untuk setahun.
Pada September lalu, pemain tengah City, Rodri berkata, pemain-pemain hampir melakukan mogok sekiranya mereka dikehendaki bermain sepanjang masa.
Bagaimanapun Rodri selepas itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen lutut.
"Saya tidak tahu sama ada kami akan bermain lebih banyak perlawanan berbanding tahun treble 2022/23... mungkin juga kami akan bermain kurang perlawanan.
"Liga Perdana tidak membenarkan kami menangguhkan dua perlawanan pertama untuk pemulihan kami. Terima kasih banyak-banyak. Mereka tidak menangguhkan perlawanan ini, apa yang perlu kami lakukan?,” katanya yang mengakui Piala Dunia Kelab akan menyukarkan lagi kelab untuk mengendali beban tugas pemain.