Kerja ganti saluran paip rosak dijangka siap ikut jadual

Iklan
Pathmanathan (tiga dari kiri) bersama Zairil (dua dari kiri) ketika meninjau kerja-kerja pemasangan paip berhampiran Politeknik Permatang Pauh.

PERMATANG PAUH - Kerja-kerja baik pulih dan menggantikan saluran paip yang rosak berhampiran Politeknik Permatang Pauh di sini, siap 90 peratus setakat ini.

Berikutan itu, sasaran untuk menormalkan bekalan air kepada kira-kira 118,000 pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual (SWSI) di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) di jangka akan selesai mengikut jadual dtetapkan.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, (PBAPP), K Pathmanathan berkata, kerosakan paip sedalam 15 meter (m) dikesan berlaku berpunca daripada kontraktor pihak ketiga.

Menurutnya, disebabkan kedudukan paip yang terletak di tengah-tengah jalan dan di bawah jambatan telah menyebabkan kerosakan terhadap laluan terbabit sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Iklan

"Kita mengambil pendekatan di mana penggantian paip baharu ini dilencongkan bagi meminimakan kerosakan.

"buat masa ini, masih terdapat berbaki kerja selenggara sebanyak 10 peratus termasuk kerja kimpalan yang sedang dilaksanakan dan berharap ia akan dapat siap mengikut jadual ditetapkan supaya bekalan air dapat disalurkan semula kepada pengguna pada jam 10 malam ini,"katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau kerja-kerja pemasangan paip berhampiran Politeknik Permatang Pauh.

Iklan

Hadir sama, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata beberapa prosedur masih perlu dilaksanakan bagi kerja-kerja penggantian saluran paip baharu sepanjang 180m itu.

"Kita tidak mahu masalah ini berulang lagi dan sebelum air disalurkan semula, kita perlu menjalankan kerja pembersihan menggunakan klorin berserta beberapa lagi pemeriksaan lain,” katanya.

Sementara itu, Zairil berharap agar pengguna bersabar sementara kerja penggantian paip siap sepenuhnya.

"Ianya bukan kerja mudah kerana membabitkan logistik dan tenaga kerja profesional.

"Tambahan pula kerja pemasangan yang melibatkan paip sedalam 15 meter, namun kita harap semuanya akan berjalan lancar supaya bekalan air dapat disalurkan mengikut jadual ditetapkan,” katanya.