ATLET sukan tarian, Cherry Yeo Xiao Wei mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama meraih Piala Dunia Latin Solo Persekutuan Sukan Tarian Dunia di Belgrade, Serbia, pada Jumaat.
Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) dalam kenyataan memaklumkan, atlet berusia 19 tahun itu mempamerkan bakat dan gerak tari luar biasa, sekali gus membantunya mengungguli tempat teratas dalam kategori Latin Solo.
Cherry (kiri) mengungguli Piala Dunia Kategori Latin Solo.