'Jom durian' platform wujud pelancongan gastronomi

Iklan
Maziah (dua dari kiri) ketika gimik pelancaran 'Jom durian' sempena Festival Oh Mydin! di Mydin Pelangi Indah pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Program 'Jom durian' sempena Festival Oh Mydin! di Mydin Pelangi Indah di sini, boleh dijadikan platform ke arah mewujudkan konsep pelancongan gastronomi di Johor.

Penolong Pengarah Tourism Johor, Maziah Ab Razak berkata, konsep pelancongan sedemikian dilihat mampu menarik pelancong khususnya penggemar durian ke Johor.

Iklan
Iklan

"Sambutan daripada orang ramai terhadap program ini memang memuaskan dan saya difahamkan Johor merupakan lokasi kedua penganjuran program ini selepas Pulau Pinang sebelum ini.

"Sambutannya memang menggalakkan dan ia sama seperti penganjuran ekspo durian di Iskandar Puteri sebelum ini.

Iklan

"Saya juga melihat penganjuran 'Jom durian' juga boleh dijadikan platform bagi membantu mempromosikan makanan-makanan Johor seperti asam pedas dan lain-lain," katanya.

Orang ramai menjamu durian sempena program 'Jom durian' di Mydin Pelangi Indah pada Sabtu.

Maziah berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran 'Jom durian' sempena Festival Oh Mydin! di Mydin Pelangi Indah di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Ketua Balai Bomba Johor Jaya, Mohd Faiz Rami, rakan-rakan strategik dan pembekal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia, Teoh Teik Hoong berkata, program ini adalah yang kedua diadakan bagi tahun ini.

Malah katanya, pihak Mydin juga sering menyokong program berkenaan sejak 13 tahun lalu.