Tiada laporan penyebaran Ajaran Cahaya di Selangor - JAIS

Iklan
Mohd Shahzihan ketika ditemui pihak media selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Al-Barzanji dan Marhaban di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima sebarang laporan berhubung penyebaran Ajaran Cahaya di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan dan penguatkuasaan akan dijalankan jika didapati ajaran itu menular di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Setakat ini saya tiada fakta mengenai ajaran tersebut walaupun biasanya Selangor mendahului kes-kes seperti ini.

"Jika ada dikesan penyebaran tersebut maka JAIS akan ambil tindakan jalankan siasatan," katanya ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Festival Al-Barzanji dan Marhaban di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ahmad Zaki Hamzah mendedahkan Ajaran Cahaya didalangi lelaki warga Singapura berusia 60 tahun dikesan bertapak di Kuala Pilah sejak setahun lalu.

Susulan itu, JHEAINS telah menahan lelaki berkenaan dengan seorang wanita tempatan berusia 42 tahun di Muadzam Shah, Pahang ketika perjalanan ke Terengganu pada pagi Jumaat.

Iklan

Ajaran tersebut difahamkan turut disebarkan melalui media sosial yang telah mencecah 5,000 pengikut.

Mohd Shahzihan berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan membabitkan semua elemen yang boleh membawa kepada kesesatan.

Pada masa katanya, pegawai JAIS juga akan memantau platform media sosial yang didakwa digunakan bagi penyebaran ajaran itu.