Israel rancang tindak balas 'serius' serang Iran

Iklan
Seorang wanita mengendong kucingnya untuk menyelamatkan diri semasa serangan udara di selatan Beirut. - AFP

TEL AVIV - Pasukan Pertahanan Israel memberi amaran bahawa pihaknya merancang melakukan tindak balas 'serius dan signifikan' terhadap serangan peluru berpandu balistik Iran baru-baru ini, lapor Time Of Israel.

IDF berkata, serangan kira-kira 200 peluru berpandu oleh Iran akan 'mempunyai akibat'.

Iklan
Iklan

Tentera Briged Komando IDF dan Unit Elit Yaholam merobohkan beberapa terowong Hizbullah yang menurut tentera Israel digunakan kumpulan pejuang itu untuk menyusup ke sempadan Israel di selatan Lubnan.

Tentera juga merobohkan stor senjata bawah tanah, pos pemerhatian dan tapak pelancaran roket di kampung di selatan Lubnan.

Iklan

IDF mendakwa mereka juga membunuh puluhan anggota Hizbullah dalam serangan udara yang diarahkan oleh komando.

Menurut IDF, setakat ini mereka telah membunuh lebih 400 anggota Hizbullah semasa operasi darat di selatan Lubnan.

Iklan

Operasi darat Israel di selatan Lubnan telah disifatkan oleh IDF sebagai 'serbuan terhad, setempat, dan disasarkan' dengan matlamat untuk merobohkan infrastruktur Hizbullah di kawasan sempadan, terutamanya di kampung bersebelahan dengan Israel, untuk membolehkan penduduk Israel di utara untuk pulang ke rumah.

Serbuan itu juga memberi tumpuan kepada 'pusat graviti' Hizbullah di perkampungan selatan Lubnan, di mana tentera setakat ini telah mendakwa menemui sejumlah besar senjata milik kumpulan itu. - Agensi.