Jumlah korban koronavirus di Hubei meningkat 549 orang

Iklan
Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti koronavirus meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665. - Foto Xinhua

MOSCOW - Jumlah kematian akibat novel koronavirus di wilayah Hubei, China meningkat kepada 549 orang, menurut Suruhanjaya Kesihatan Wilayah hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti juga meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665.

Iklan
Iklan

Lebih 630 lagi dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Sputnik.

Wabak koronavirus (2019-nCoV) pertama kali dikesan di bandar Wuhan di Hubei pada Disember, sejak itu virus tersebut merebak ke lebih 25 buah negara.

Iklan
Iklan

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran penularan wabak itu. - Bernama