PRN Sabah: PKR hormat pandangan pemimpin mahu parti tempatan bertanding

Iklan
Rafizi (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada peserta hadir pada Konvensyen Kemas16 dan Pop25 di Putatan.

PUTATAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati pandangan sebahagian pemimpin di negeri ini yang mahukan hanya parti tempatan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, dalam masa sama beliau berpandangan ramai penduduk di negeri ini menyedari bahawa usaha membawa kesejahteraan di Sabah adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Iklan
Iklan

"Saya ingat pandangan itu kita hormati pandangan masing-masing bagi parti yang ada pandangan itu, contohnya perlu hanya parti tempatan yang bertanding di sini.

"Sementara saya hormati pandangan itu, saya juga ingat ramai daripada kalangan penduduk Sabah yang menyedari bahawa usaha membawa kesejahteraan di Sabah ini adalah tanggungjawab bersama antara Persekutuan dan juga negeri.

Iklan

"Jadi kaedah yang paling baik sebenarnya ialah kalau ada persefahaman dan semangat saling menghormati bahawa ini tanggungjawab bersama yang perlu bergerak seiringan, itu pandangan saya dan pandangan PKR," katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Kemas16 dan Pop25 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai sentimen yang dimainkan beberapa pemimpin tempatan yang hanya mahukan parti tempatan bertanding pada PRN yang bakal menjelang.

Iklan

Menurut Menteri Ekonomi itu, pandangan tersebut sudah tentu ada asasnya bagi mereka namun untuk PKR Sabah beliau menekankan bahawa tidak boleh membiarkan rakyat terkesan atau terjejas sedangkan sentimen itu dimainkan.

"Pandangan itu ada betulnya, sama juga pandangan yang berlainan itu saya pasti ada asas mereka masing-masing.

"Sebab itu kepada PKR Sabah nasihat saya, kita tak boleh biarkan rakyat terkontang-kanting sementara ahli politik dan parti memikirkan pelbagai sentimen.

"Rakyat tak boleh terkontang-kanting, mana yang perlu kita bantu dan kita perhebatkan khidmat kita itu tumpukan kepada perkara tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata, akhirnya parti tetap pulangkannya kepada rakyat untuk mereka memilih sesiapa pun.

"Sebab itu kalau lihat PKR, saya sendiri contohnya kami tidak terlalu agresif kalau soal pandangan masing-masing.

"Kami hormati pandangan itu, pandangan kami sudah tentu ialah perlukan kerjasama dan persefahaman yang kukuh.

"Apapun keputusan rakyat untuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah ini mesti saling memikul beban yang ada.

"Jadi sebenarnya yang terbaik untuk rakyat Sabah ialah gabungan itu, barulah rakyat ini tidak terkontang-kanting di tengah-tengah," katanya.