Reman dua suspek disyaki bunuh Sabari disambung

Iklan
Laporan Sinar Harian. Kronologi kehilangan Sabari

ALOR SETAR - Reman dua suspek disyaki membunuh pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62 yang dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Kampung Empa di Jitra disambung sehingga 10 Oktober depan.

Sebelum ini, suspek berusia 26 dan 38 tahun itu telah direman dari tarikh mereka ditahan sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Menurut jurucakap polis, reman telah disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kes khianat bakar kereta.

Sebelum ini, media melaporkan Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Kuala Pegang, Baling.

Iklan

Kehilangan mangsa disedari anak-anaknya selepas gagal menghubungi bapa mereka namun mengesyaki berlaku beberapa transaksi pengeluaran wang melalui akaun bank bapa mereka.

Laporan polis dibuat berhubung kejadian sebuah kereta Proton Waja milik mangsa ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik namun Sabari tiada di situ.

Iklan

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, wajah suspek yang dicam oleh Sabari ketika disamun menjadi motif pembunuhan pesara Felcra itu pada awal September lalu.

Hasil soal siasat terhadap dua suspek itu mengaku mengikat tangan dan menutup mulut Sabari dengan pita pelekat sebelum dicampakkan ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa pada 4 September lalu bagi melupuskan bukti.