Pesara guru maut ditikam anak OKU mental

Iklan
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah sebelum dibawa ke HTJ untuk tindakan lanjut

KUALA PILAH - Seorang lelaki warga emas maut akibat ditikam anaknya yang juga pesakit mental di sebuah rumah di Kampung Senaling dekat sini pada Sabtu.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa cuba memujuk suspek yang cuba membunuh diri.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ali berkata, polis menerima maklumat kejadian pada jam 4.40 petang daripada orang awam yang memaklumkan mangsa ditikam dengan senjata tajam oleh anak kandungnya.

"Hasil siasatan mendapati, mangsa berusia 65 tahun dan merupakan pesara guru.

Iklan

"Semasa kejadian, turut sama berada di dalam rumah adalah isteri mangsa dan juga suspek yang berusia 32 tahun," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada badan mangsa mendapati, terdapat satu kesan tikaman pada bahagian belakang badan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Mayat suspek dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah sebelum dibawa ke HTJ

Iklan

Beliau berkata, selepas menikam mangsa, suspek yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental telah melarikan diri dengan menggunakan kereta.

"Senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemui di lokasi kejadian.

"Suspek pula telah dikesan dan berjaya ditemui di tepi jalan Pekan Senaling dalam keadaan terbaring dengan mulut berbuih," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati suspek telah meninggal dunia dipercayai akibat meminum bahan peluntur.

Jelasnya, motif kejadian dipercayai suspek mengalami halusinasi dan cuba membunuh diri.

"Semasa dipujuk oleh mangsa, suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dan menikam mangsa.

" Mayat mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.