Pengguna di SPT, SPS dapat semula bekalan air tengah hari esok - PBAPP

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri), Pathmanathan

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjadualkan semula normalisasi bekalan air kepada 118,000 pengguna yang terjejas di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) kepada 12 tengah hari esok.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk K Pathmanathan berkata, mengikut jadual pengguna sepatutnya mendapat semula bekalan air pada 10 malam tadi, bagaimanapun bahagian saluran paip di Seberang Perai Utara (SPU) pula didapati bocor berhampiran pemasangan injap utama menyebabkan normalisasi air terpaksa dijadualkan semula.

Iklan
Iklan

"Paip pecah apabila petugas PBAPP berusaha untuk meminimumkan kebocoran dengan mengetatkan bolt pada pemasangan 8 malam tadi. Bahagian saluran paip pecah ini adalah sebahagian daripada saluran paip air terawat sepanjang 1.2 meter menuju ke bahagian saluran paip baharu yang disambungkan di hadapan Politeknik Permatang Pauh hari ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Disebabkan kejadian itu, Pathmanathan berkata, PBAPP tidak dapat mengepam air dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke Permatang Pauh tanpa membaiki bahagian saluran paip Jalan Pengkalan Tambang yang pecah.

Iklan

Beliau berkata, kerja-kerja pembaikan kecemasan sedang giat dijalankan pada malam ini dan awal pagi esok dan memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas di atas kesulitan yang berlaku.

Terdahulu, PBAPP memaklumkan projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh di sini, siap 90 peratus dan kerja-kerja akhir projek penggantian melibatkan kos RM2 juta itu sedang giat dilakukan termasuk kerja kimpalan.

Iklan

PBAPP juga memaklumkan kira-kira 118,000 akaun pengguna di lebih 40 kawasan di SPT dan SPS akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 24 jam bermula 10 malam 4 Oktober hingga 10 malam ini (5 Oktober). - Bernama