BEIJING - Seorang budak lelaki China berusia tujuh tahun yang mengadu bau busuk selama dua tahun telah terbongkar apabila sebutir skru tertanam dalam lubang hidung sebelah kirinya.
Budak yang tidak didedahkan nama dan berasal dari Jiaozuo, Wilayah Henan pernah memberitahu ibu-bapanya bahawa dia sering terhidu bau busuk sudah beberapa tahun.
Bagaimanpun, satu keluarga itu gagal mencari punca bau busuk tersebut dan mendakwa anak mereka mengada-adakan cerita.
Bagaimanapun selepas anak mereka kerap mengadu hal sama, ibu-bapa tersebut membawanya berjumpa doktor.
Hasil pemeriksaan dilakukan, doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
Namun, doktor mencadangkan mereka perlu membedah hidung budak tersebut selepas mendapati terdapat sejumlah nanah yang banyak dan dipercayai berpunca dari objek tersebut,
Selepas berunding dengan doktor pakar mata, hidung dan telinga, mereka mengambil keputusan untuk membedahnya dan akhirnya mendapati ia sebenarnya adalah sebutir skru.
"Oleh kerana objek itu tersangkut dalam rongga hidung terlalu lama, adalah mustahil untuk melihat dengan tepat objek itu.
"Selepas pembersihan objek itu kami mendapati ia adalah skru logam,"kata jurucakap hospital kepada portal Elephant News.
Difahamkan, kanak-kanak lelaki berusia sudah tahun itu pulih sepenuhnya dan dia tidak lagi merasakan bau busuk yang diadukannya kepada iby-bapanya selama ini. - Agensi